Bismilahhirrahmanirrahim...setelah seminggu bergelut antara hujah akal dan bujukan hati, antara keperluan dan kehendak, antara prinsip dan tuntutan, akhirnya saya 'terpaksa rela' buka FB. Seingat saya, perkataan FACEBOOK mulai kedengaran di halwa telinga usai saya tamat peperiksaan STPM (2008). Mungkin, rangkaian sosial ini telah lama wujud dan berkembang penggunaannya dari semasa ke semasa tapi saya sendiri mengambil sikap tidak endah dengan hal-hal sebegini kerana merasakan ia kurang penting dan tidak berfaedah. Kini, hampir 10 juta rakyat Malaysia mempunyai akaun FB. Cuba bayangkan daripada 27 juta penduduk Malaysia,hampir separuh daripadanya adalah pengguna setia FB. Sejak saya melangkahkan kaki ke alam universiti, boleh dikatakan penggunaannya menghampiri tahap maksima, rata-rata pelajar U menggunakan FB untuk mereka berinteraksi secara interaktif setiap masa. Boleh dikatakan setiap hari mereka menggunakan FB untuk ber'chatting', 'update' status dan sebagainya secara kerap. Ketagihan medium interaksi yang percuma ini mendatangkan pelbagai kesan pro dan kontra kepada setiap individu. Wabak FB ini menjadi satu kegilaan buat remaja masa kini, malahan kanak-kanak sekecil 3 tahun dan warga emas yang berumur hampir 90 tahun pun sudah cekap menggunakan FB dan ia menjadi sebahagian daripada rutin harian yang mereka WAJIBkan. Bagi saya, tidaklah salah ingin menggunakan FB sebagai medium penghubung dan menambah kenalan, bahkan saya akui FB menawarkan pelbagai kelebihan yang menarik untuk kekal berhubung dalam kesibukan kita meredah ledakan teknologi dan pembangunan modenisasi. Laman sosial ini membolehkan kita menambah kenalan seramai yang mungkin dan berkongsi cerita walau dimana kita berada tanpa adanya lingkungan keterbatasan waktu dan sempadan demografi. Malahan, kegilaan berFB ini telah tersebar di seantero dunia dan menjadi perbahasan para ulama. Ada yang mengatakan hukumnya haram dan ada yang mengatakan harus, terpulang kepada penggunaanya. Malahan FB bukan sekadar digunakan sebagai laman sosial sembang semata-mata, tetapi FB kini menjadi medium yang efektif dan medan yang ampuh dan mujarab untuk mempromosikan perniagaan, blog ,berkongsi informasi, dan juga untuk menyebarkan ilmu dan dakwah oleh para ilmuwan dan agamawan.
Jujur, saya katakan, saya kurang gemar dengan penggunaan FB ini kerana bagi saya lebih banyak keburukan daripada kebaikan yang kita perolehi. Selama 2 tahun saya di universiti, saya diasak oleh pelbagai pertanyaan dan permintaan oleh rakan-rakan dan ahli keluarga untuk membuka akaun FB tapi saya tak endahkan.(maaf ye kawan-kawan kesayangan yang berbuih mulut menyuruh saya buka FB). Bukannya saya tidak gemar bersosial, hakikatnya saya adalah seorang yang sangat suka berkenalan dan berkawan(super-connector, hehehe). Akan tetapi, saya tidak melihat FB sebagai satu-satunya cara untuk saya berkenalan dan bersosial apatah lagi untuk merapatkan hubungan ukwah dan sebagainya. Saya lebih senang dan selesa bergaul mesra di alam realiti berbanding bergaul tak kira masa di alam maya.Ya, mungkin saya kelihatan konvesional,minda tertutup,ketinggalan dan sebagainya, tetapi sukar untuk saya menjelaskan kenapa selama dua tahun ini saya memilih untuk berpegang kepada prinsip "SAY NO TO FB!". Ada yang serkap jarang mengatakan saya prejudis dan memboikot ISRAEL, kerana itulah saya tidak mahu ada akaun FB(saya akui saya agak kurang selesa kerana pengasasnya adalah orang Yahudi), akan tetapi bukan itu pucuk pangkalnya, jika benar saya 100% anti barangan ISRAEL, seharusnya sudah saya campakkan laptop saya(tengah guna untuk menaip sekarang ini ) yang komponen dalamannya dihasilkan oleh orang Yahudi. Bukan secetek itu akal saya membuat pertimbangan namun setelah diperhalusi dari pelbagai sudut, saya rela digelar lapuk atau kuno kerana tidak mempunyai FB. Susah untuk saya jelaskan, banyak keburukannya yang saya rasa sukar untuk saya hindari apabila mempunyai FB namun dalam waktu yang sama tidak juga saya nafikan kebaikan dan kepentingannya.
Ringkasnya, berFB boleh menyumbang kepada lagha yang kita sedari atau tidak sedari. BerFB juga membuka ruang privasi dan menyumbang kepada pergaulan yang boleh tergelincir daripada adab ikhtilat yang digariskan antara jantina yang berbeza, belum lagi masuk bab 'sharing-mensharing' gambar, komen dan sebagainya.Tidak semua perkara yang saya lakukan harus diketahui oleh semua orang,mungkin segelintir orang yang 'spesial' sahaja yang perlu mengetahuinya begitu juga saya, tidak semua perkara mengenai rakan FB ingin saya tahu.Namun, terkadang, rakan FB yang kita kurang rapat boleh mengetahui sesuatu perkara mengenai kita melebihi teman rapat tanpa perlu bersua muka gara-gara FB,aneh bukan? Tetapi kini, FB menwarkan jaminan privasi yang lebih bagus tapi itu masih bukan teras alasan untuk kita bergaul bebas dan berkongsi tanpa limitasi.Bahkan banyak lagi perkara lain yang saya rasa perlu disibukkan berbanding mengemaskini status FB setiap masa. Tambah pula, jujur, banyak lagi dosa-dosa saya yang lain yang harus ditanggung, manakan daya menambahkan lagi sahamnya melalui FB. Mungkin kita sudah sehabis daya menggunakannya ke arah kebaikan namun berdayakah kita menyekat penggunaan orang lain yang mungkin tidak menepati syarak yang digariskan (e.g ; kat-kata makian, gambar-gambar yang mendedahkan aurat...) dan lebih parah lagi kita boleh mengetahui kelemahan atau keburukan seseorang itu hanya melalui FB. Bukanlah bermaksud kita harus memaparkan semua perkara yang baik-baik sahaja sedangkan kita bukanlah sebegitu rupa tahap baiknya..Apa yang saya takutkan di sini ialah kemungkinan kecenderungan saya untuk melihat seseorang itu dari sudut negatif akan mengelabui hati saya untuk melihat kebaikan yang ada pada seseorang itu...mintak dijauhkan..Sukar untuk kita menjaga hati dalam sehari-hari,apatah lagi ingin sentiasa mengamalkan konsep husnuzon dengan orang lain baik yang rapat mahupun kenalan biasa..99 syaitan sentiasa berusaha untuk menyesatkan kita(saya sedang bermujahadah ke arah itu)..Itulah yang saya ingin elakkan..kerana saya sentiasa ingin melihat kebaikan yang ada pada seseorang..bukan keburukannya . Ya, mungkin kedengaran saya seorang yang ' close-minded', tapi itulah hakikatnya, budaya menghalalkan yang haram sudah menjadi-menjadi, bukanlah bermaksud saya seorang yang baik, mereka kurang baik akan tetapi saya juga tidak ingin bersubahat menambah dosa kepada diri sendiri dan orang lain.Mungkin mereka ini belum menerima hidayah (saya juga sedang berusaha ke arah itu) dan saya yakin mereka ini akan mendapat nur dan berubah menjadi baik malah lebih baik daripada orang baik yang sedia ada(AMEEN).
Kini, setelah dua tahun saya mempertahankan prinsip sebegini, saya diuji dengan keperluan dan kehendak saya dan orang lain. Permintaan seorang pensyarah saya yang ingin membuat kajian mengenai 'FB among students' bagi thesisnya benar-benar buat saya tersentak dan runsing. Pelajar kelas kami dipilih untuk menjadi responden kajian dan setiap pelajar haruslah mempunyai FB dan membuat perbincangan akademik di laman tersebut. Sudah tentu tinggal saya seorang saja yang tidak mempunyai akaun FB dan harus membukanya. Permintaan beliau tidaklah wajib, akan tetapi saya sedar, jika semua pelajar tidak terlibat dalam perbincangan FB ini pasti serba sedikit menjejaskan peratus kesahihan dan kebergantungan kajiannya. Saya tidak mahu menyusahkan sesiapa, apatah lagi, kali ini tujuannya untuk membantu melengkapkan kajian seorang pencari ilmu. setelah berfikir panjang, saya memutuskan untuk mengenepikan seketika prinsip saya untuk melancarkan proses penimbaan ilmu melaui kajian dan pemerhatian beliau. Besar harapan saya untuk melihat kejayaannya kerana sebagai seorang mahasiswi, kami semua berkongsi keinginan yang sama iaitu ingin berjaya dalam segenap lapangan ilmu. Keperluannya menbuat kajian yang menyeluruh melebihi kehendak saya yang tidak mahu menjadi pengguna FB. Akhirnya, hari ini saya telah mengambil keputusan untuk membuka FB dan moga-moga Allah s.w.t melindungi saya daripada bertambah lalai daripada mengingatiNya. Jika sebelum ini, ketiadaan FB bukanlah menjadi masalah buat saya kerana meskipun jarang bersua saya sangat gemar akan pepatah Inggeris yang berbunyi, " Absences make heart grow fonder" yang mana buat kita lebih menghargai antara satu sama lain dengan lebih baik dan kini dengan adanya FB bukan bermakna saya akan meminggirkan konsep itu akan tetapi akan sering berhubung tetapi dalam lingkungan yang masih terhad dan terbatas(bila-bila perlu). Ini kerana saya lebih gemar ISI BUKU berbanding MUKA BUKU, dan sesungguhnya persahabatan atau sesuatu perhubungan itu haruslah terjalin kerana Allah, berpisah juga kerananya, jadi, jangan sekadar ADD di FB tapi ADD lah terus di hati(fillah :D )...insya-Allah.
No comments:
Post a Comment