Pada cuti semester lepas, syukur alhamdulillah saya telah berpeluang untuk menyertai kursus asas keusahawanan siswazah yang dianjurkan oleh pihak masmed uitm. Rasa sangat bertuah kerana kebiasaannya, hanya pelajar di tahun akhir yang terpilih untuk mengikuti program ini.kursus kaks ini diadakan di lumut, pangkor..(dapat duduk hotel lawa depan laut..gitew)...banyak pelajaran mengenai asas selok- belok perniagaan yang saya perolehi di sini..penerangan dari pegawai bank SME, perkongsian dengan pensyarah masmed dan usahawan jemputan banyak memberikan peluang kepada saya untuk menimba ilmu baru..di sini saya konsikan antara tip-tip usahawan muslim yang berjaya.(kredit kepada En.Sani,usahawan bumiputera yang berjaya)
 |
| pemandangan indah di marina cove resort |
 |
| bukan pergi belajar berniaga je,origami pun kena belajar buat juga..hehe |
 |
| En.sani(usahawan frozen food yang berjaya) |
CIRI-CIRI USAHAWAN MUSLIM :
- SOLAT
- ZIKIR
- PENDERMA
- SUKA MEMBANTU
- MERENDAH DIRI
- MENJALANKAN PERNIAGAAN YANG DIREDHAI ALLAH S.W.T
- BERSABAR
- BERSYUKUR
- BERANI
- TIDAK TAKUT KEPADA KEGAGALAN
- SUKA MENCUBA
- BERFIKIRAN POSITIF DAN KRITIS
- BIJAK MENCARI PELUANG
- BERDAYA SAING
- USAHA + TAWAKAL
Ramai yang sudah mengetahui, berniaga adalah 9/10 sumber kekayaan. Islam menganjurkan ummatnya untuk berniaga kerana ia memberikan manfaat kepada mereka yang benar-benar ingin berjaya. Selain itu, melalui peniagaan, umat Islam akan menjadi kuat kerana kekuatan ekonomi merupakan antara faktor yang menjadikan sesuatu bangsa menjadi kuat dan mapan. Saya juga ada niat kearah ini...insha-Allah.Namun, jika ingin berniaga haruslah komited dan ikhlas. Mungkin kita bakal berdepan dengan konflik jika mempunyai komitmen lain, jadi kita haruslah merancang dengan sebaiknya dan melihat kepada keutamaan. setiap pekerjaan yang dilakukan adalah amanah dan amanah merupakan perkara yang paling berat dalam dunia. Maka, seharusnya jika kita ingin melibatkan diri dalam bidang perniagaan haruslah diperhalusi sedalam-dalamnya. Jangan sampai yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran pula(peringatan untuk diri saya,hehe). Apa-apapun, perlu diingat di dalam keasyikan mengejar dunia, jangan pula akhirat dilupa..hehe(mengingatkan diri sendiri sekali lagi).alangkah bagusnya kalau setiap daripada kita sentiasa mengintergrasikan dunia dan akhirat dalam setiap langkah dan perbuatan kita, insya-Allah dan moga-moga amalan yang kita lakukan mendapat keredhaannya. jangan lupa pada mereka yang memerlukan apabila kita sudah berjaya kerana dalam bahagian harta kita juga ada sebahagian harta mereka dan seperti dalam hadis Rasulullah s.a.w:
Dari Hakim bin Hizam r.a katanya, dia meminta sedekah kepada Nabi s.a.w
lalu diberi oleh baginda. Kemudian dimintanya lagi lalu diberi pula oleh
baginda. Kemudian baginda bersabda,:Harta itu lazat dan manis. Maka
siapa yang menerimanya dengan hati yang bersih (tidak rakus atau
serakah), dia akan mendapat berkat dengan harta itu. Tetapi sesiapa yang
menerimanya dengan nafsu serakah dia tidak akan mendapat berkat dengan
harta itu; dia seperti orang makan yang tidak pernah merasa kenyang.
Dan tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah.
No comments:
Post a Comment